var xCol = "#FF0000"; var yCol = "#FFFF00"; var zCol = "#0000FF";

Thursday, June 16, 2011

Bolehkah undang-undang lindungi mangsa sihir?


SIHIR atau ilmu hitam antara isu menarik apabila dibincangkan dan tidak ketinggalan menjadi perhatian masyarakat setempat.
Sama ada percaya atau tidak, hari ini penggunaannya masih berleluasa berikutan tiada undang-undang khusus yang boleh dikuatkuasakan untuk menanganinya.

Menurut penulis buku Ahli Sihir ke Tali Gantung, Dr. Mahyuddin Ismail, fakta undang-undang jenayah sihir sebenarnya telah wujud seawal tamadun Mesopotamia melalui peruntukan no. 2 Kod Hamurabbi. Begitu juga pada zaman kegemilangan Rom di mana Julius Caesar telah memperkenalkan undang-undang sedemikian dalam The Twelve Tables.


Tambahnya, semasa pemerintahan Dinasti Yuan di China, hukuman ke atas ahli sihir ialah dikelar hidup-hidup manakala pemerintah Islam dan pihak gereja Kristian di Barat turut memerangi amalan sihir berpandukan kitab-kitab suci dan undang-undang yang diwujudkan.

"Dalam Muzakarah Pakar, Jabatan Mufti Selangor yang diadakan pada 21 Julai tahun lalu, panel bercadang untuk memasukkan peruntukan tentang jenayah sihir sebagai kesalahan Ta'zir dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah di Selangor.

"Ia adalah satu langkah yang wajar dan perlu dicontohi. Bagaimanapun, saya berpendapat beberapa isu akan timbul. Antaranya ialah isu bidang kuasa Mahkamah Syariah ke atas penyihir bukan Islam. Contohnya bomoh Siam yang diupah melakukan sihir.

"Selain itu, kuasa Mahkamah Syariah untuk menjatuhkan hukuman juga sangat terhad. Saya berpendapat isu jenayah sihir ini seharusnya diletakkan di dalam bidang kuasa Mahkamah Sivil kerana bidang kuasanya yang luas serta bentuk hukuman yang boleh dijatuhkan olehnya lebih sesuai," katanya ketika ditemui di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dr. Mahyuddin yang juga merupakan Pensyarah di Kolej Antarabangsa IKIP, Kuantan, Pahang, menyatakan, melalui penelitian dan perbandingan yang dilakukannya didapati ada banyak persamaan antara jenis jenayah yang diperuntukkan dalam Kanun Keseksaan dengan jenayah yang boleh dilakukan melalui ilmu sihir, malah ia lebih kejam.

Baca Seterusnya.. »

Sihir semakin berleluasa di Malaysia, kembalilah kepada Islam


"Nampaknya sihir dan seumpamanya semakin berleluasa di Malaysia. Malahan cerita tv dan filem pun banyak cerita sihir, cerita hantu. Begitu sedikit cerita dan filem untuk menginsafkan manusia agar kembali kepada ajaran Islam sepenuhnya. Untuk berlindung dari semua angkara jahat ini mohonlah pertolongan Allah dengan cara yang betul.



Kisah hantu pochong yang semakin banyak sebelum ini di http://waghih.blogspot.com/2011/06/bila-masjid-mati-hantu-pochong-makin.html

Doktor hilang di Kedah, jumpa di Pahang

Utusan Malaysia 15 Jun 2011

KUBANG PASU 14 Jun - Seorang doktor pelatih Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar dekat sini, yang hilang selama 26 hari, ditemui dalam keadaan selamat di sebuah pusat beli-belah di Kuantan, Sabtu lalu.

Dr. Mohd. Noor Azam Mohd. Nazri, 26, dari Taman Bunga Raya, Jitra di sini ditemui oleh ketua pengawal keselamatan pusat beli-belah tersebut selepas dikenal pasti sebagai individu yang dilaporkan hilang. Doktor pelatih berkenaan sebelum itu ditahan oleh pengawal keselamatan kerana tidak mempunyai wang untuk membayar bil sushi sebanyak RM70 di sebuah restoran di pusat beli-belah itu kira-kira pukul 5 petang.

Sewaktu ditemui, Mohd. Noor Azam memakai kemeja-T putih dan berseluar sukan sambil membawa sebuah beg galas mengandungi pakaian yang dipakainya pada hari dia dilaporkan hilang.

Bagaimanapun, telefon bimbit dan beg kerja berwarna hitam yang mengandungi beberapa dokumen penting tidak ditemui bersamanya. Dia kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan dan diberi makan sebelum dijemput pulang oleh ibu bapanya bersama lebih 30 saudara mara kira-kira pukul 4 pagi keesokannya.

Ketika ditemui pemberita di rumah keluarganya di taman berkenaan hari ini, Mohd. Noor Azam memberitahu, dia tidak menyedari apa yang berlaku pada dirinya sepanjang dilaporkan hilang sehingga membawanya ke negeri-negeri di Pantai Timur.

Katanya, dia terkejut apabila diberitahu telah hilang sejak 26 hari lalu kerana berasa seperti baru empat hari hilang. Menurutnya, sepanjang tempoh itu, dia seperti tidur dan tidak mengetahui bagaimana boleh sampai ke Kelantan, Terengganu dan kemudiannya Kuantan, Pahang.

"Saya tidak tahu apa yang saya makan, di mana saya tidur dan bagaimana solat saya cukup atau tidak sepanjang tempoh 26 hari itu sehingga ditahan di pusat beli-belah berkenaan. ''Apabila saya melihat gambar bakal tunang di dalam dompet, baru saya tersedar dan terus bertanya kepada ketua pengawal keselamatan berkenaan tentang tarikh dan tempat saya berada ketika itu," katanya.

Menurut Mohd. Noor Azam, dia sedih apabila menyedari hari yang dia ditemui semula itu adalah tarikh yang ditetapkan untuk melangsungkan majlis pertunangan dengan rakannya yang juga doktor pelatih di HSB.

Katanya, dia tidak sedarkan diri selepas mendengar suara gadis yang memberi arahan supaya mengikutnya ketika berjalan memasuki bangunan HSB kira-kira pukul 6.30 pagi 16 Mei lalu. Dakwanya, suara tersebut juga memaklumkan dia hanya akan 'dilepaskan' pada hari pertunangannya iaitu 11 Jun lalu.

''Selepas ini saya akan meneruskan perubatan Islam bagi melindungi daripada gangguan-gangguan seperti ini,'' katanya. Sementara itu, ibu Mohd. Noor Azam, Natrah Shaari, 52, tidak putus-putus melahirkan rasa syukur kerana penantian dan doanya akhirnya dimakbulkan apabila anaknya itu ditemui dalam keadaan selamat dan sihat.

Katanya, dia sekeluarga tidak mahu menuduh sesiapa atas kejadian yang berlaku sebaliknya menganggap peristiwa tersebut sebagai dugaan dan ketentuan Allah. ''Buat masa ini, Mohd. Noor Azam akan berehat dan menjalani rawatan alternatif sebelum menyambung semula latihan perubatan di HSB manakala majlis pertunangan terpaksa ditangguhkan sehingga satu tarikh yang akan ditetapkan kelak," katanya.

Graduan dari Moscow Medical Academy itu dilaporkan pernah hilang dua kali iaitu pada 3 Mei dan 12 Mei lalu selepas keluar bertugas di HSB bagaimanapun pulang ke rumah beberapa hari kemudian.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0615&pub=Utusan_Malaysia&sec=Jenayah&pg=je_06.htm

d ipetik  http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=article&sid=6589

Baca Seterusnya.. »
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...